BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 4, 2009

Allah lebih menyayangimu...

Tanggal 3 Ogos 2009 tidak akan kulupakan. Pada tarikh ini, pengasuh abg. fitti telah kembali ke rahmatullah...Sedih, pilu, kaku...perasaan itu bercampur baur. Seperti tidak percaya, dia pergi jua mengadap Ilahi...
Jam 4 pagi, lenaku dikejutkan oleh deringan telefon. "Pengasuh(abah)"..nama itu terpampang pada skrin telefon. Hati berdebar-debar. Kukuatkan semangat untuk menjawab panggilan itu... "Kak dah nak gerak, kalau nak datang, datang sekarang". Itulah kata-kata yang kudengar sayup-sayup. Aku dan suami berpandangan antara satu sama lain. Seakan tidak percaya. Nak pergi atau tak? Abg. fitti dan Iman sedang nyenyak tidur. Aku tidak boleh melelapkan mata. Akhirnya setelah 15 minit membatu... "Abg, ummi p hospital lah", aku meminta izin suami. Dia memberi keizinan. Dia sendiri tak dapat menemaniku kerana terikat dengan tugas. Dia perlu ke tempat kerja awal pagi itu. Dalam keheningan subuh aku kuatkan semangat dan gagahkan hati memandu ke Hosp. Seri Manjung. Takut juga...tapi perasaan itu cepat-cepatku lenyapkan dari dalam diriku. Sepanjang perjalanan hati tidak putus-putus mohon pada Allah agar berikan yang terbaik buat kak zi. Kaki terus menekan pedal minyak...lampu isyarat bertukar merah..Aku berhenti sejenak.. "Aahh...subuh macam ni mana ada kereta. Jalan je lah", aku berbicara dengan diriku sendiri.
Lebih kurang jam 4.45 pagi aku sampai di HSM. Ketika baru membuka pintu kereta..."Kak, mak dah takde...". Ungkapan pertama yang ku dengar dari Along. Airmata mengalir di pipinya. Aku cuba kuatkan semangat. Aku tidak mahu mengalirkan airmata di depannya. Aku perlu kuat. Ku cuba pujuk Along.
Aku terus ke rumah kak zi. Tolong kemas apa yang patut. Di situ sudah ramai saudara mara dan jiran tetangga yang datang. Jam 6.30 pagi, jenazah sampai. Ku tatap wajahnya, sedih.... Airmata sudah tidak dapat ku tahan. "Nanti bawa abg. fitti ziarah mak"...itulah permintaan dari abah. Aku hanya mengangguk.
Jam 7.00 pagi, aku dan suami bawa Abg. fitti menziarah jenazah. Keluar sahaja dari kereta abah terus berlari dan mendakap si kecil ini. "Mak dah takde, fitti"... Si kecil ini nampak kehairanan.. Antara faham dan tidak. Wajahnya sayu...
Bila ku bawa abg. fitti naik ke rumah dan duduk di sebelah jenazah, dia menangis... Mengertikah dia? Ku ajak abg. fitti mencium pipi mak, dia geleng kepala. Airmata mula bergenang di kelopak matanya....
Jam 2.30 petang, jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Fasa 3c. Kali ini airmata ku tidak dapat ditahan lagi. Biarlah ia mengalir semahu-mahunya.... Sebelum jenazah dimandikan aku sempat mengucup pipinya... Kali pertama dan terakhir... Rasa hiba....
Petang semalam aku dan suami bawa abg. fitti menziarah pusara mak zi.. Doa si kecil " Ya Allah, bagilah mak aku tenang. Mak aku sangat baik"...
Kak zi...tenanglah engkau di sana. Moga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama kekasih Allah, amin....

0 comments: