BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 31, 2009

13!!

13??? Bagi sesetengah orang, no 13 ni membawa maksud yang tak berapa elok. Betul ke tak...wallahualam. Tapi, bagiku no 13 ni agak unik tahun ni. Kenape? Sebab tahun ni merupakan kali ke-13 aku berpuasa. Nape...tak percaya? Percayalahh(mcm lagu CT jer ek). Aku mula berpuasa pada tahun 1997. Haa!!!Umur 18 tahun baru nak berpuasa?? Mungkin itu lah persoalan yang bermain2 dalam minda sesetengah orang. Tapi, itu lah realitinya. Eh...itupun kira awal tau...kalau ikut masa tu 'umur' ku baru 1 tahun.. Mana ada orang lain puasa mula umur 1 tahun hehehe... Sebenarnya, sebab aku memeluk Islam ketika berusia 18 tahun. Pasal tu la umur 18 tahun baru mula berpuasa.
Bila dikenang kembali masa mula2 puasa dulu banyak juga dugaannya. Yelah...'first time' kata orang. Letih...Bab lapar tu boleh hadapi lagi, tapi bab dahaga...mak aih...rasa macam tak sanggup je. Air longkang pun nampak sodap hehe... Ada sekali tu, tengah dalam kereta menghala ke Alor Star, tiba2 ternampak lori Majlis Daerah tengah siram pokok bunga kat tengah2 highway. Nampak sedap sangat..Kalau boleh nak je pergi tadah mulut kat situ. Masa tu tengahari buta pulak. Dalam hati dok berkata2,"ish...kalau dapat, sedap nih!" Nasib baik la, iman tu masih kuat. Teruk gak la rasanya dalam seminggu dua tu. Tapi, lama2 dah ok la. Bak kata pepatah, Alah bisa tegal biasa...
Ramadhan kali ni bermakna 13 kali la aku dapat merasai nikmat berpuasa. Alhamdulillah. Ku mohon agar Allah beri kekuatan dan ketabahan padaku dan seluruh umat Islam dalam mengerjakan ibadah puasa ini. Tapi ada satu persoalan di mindaku..."mampu ker aku khatam Quran kali ni?" Terasa macam 'payah' sikit nak capai matlamat tu kali ni. Ni dah hampir separuh puasa, helaian Quran tu masih tebal lagi untuk sampai ke hujungnya... Hmmm...aku cuba. Masa tengah study dulu, sempat juga la aku khatam. Tak lah tiap kali ramadhan, tapi boleh laaaa. Yela..baca pun tak berapa nak lancar lagi. Tapi, aku percaya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan Allah sentiasa membantu.
Tapi kan, ada satu 'kejayaan' yang aku nak kongsi dengan korang nih. Setakat hari ni...aku berjaya melawan nafsu untuk ke Pasar Ramadhan... Yahuuu...Bukan senang weh nak menghalang kaki dari melangkah ke situ. Macam2 ada... Tapi, aku dah cakap kat suami, kalau boleh tahun ni aku tak nak pergi. Bukan nak boikot, tapi nak berjimat. Dalam masa yang sama nak gak cuba didik nafsu tu agar jangan cepat mengalah pada 'godaan' makanan dan minuman yang pelbagai tu. Insyaallah, akan ku cuba. Setakat ni, hari2 masak. Awal2 puasa dulu, mak yang masak. Sekarang kakak pula hehehe... Jimat & yang paling penting... SODAP...
Sebelum nak 'chow', nak ucap le Selamat Berpuasa pada kengkawan dan seluruh umat Islam...(lambat skit wish, tp bak kata omputeh "Better late than never") dengan ucapan, " Apa menu berbuka hari nih?"

Wednesday, August 19, 2009

Al-Fatihah...

Pagi ini aku & teman2 sekerja dikejutkan dengan satu lagi berita sedih. Anak kepada seorang teman telah kembali mengadap Yang Maha Esa tika subuh mula menjengah. Sedih bila mengenangkan perasaan mereka. Bulan Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menjelma dan mereka terpaksa mengharunginya tanpa anakanda tercinta. Tabahkan hatimu wahai teman...sesungguhnya Allah lebih menyayangi insan yang kau sayangi. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan para syuhada...Amin...
AL-FATIHAH

Tuesday, August 18, 2009

Berkat ker????

"Berkat ke rezeki ku bulan ni?".Soalan ni asyik terngiang2 dalam minda ku. Kenapa?? Sebab rasanya bulan ni aku banyak 'bercuti' dari bekerja. Bermula dengan kejadian suamiku rebah di HAT (Hosp. Angkatan Tentera, TLDM Lumut) gara2 hypertension. Aku terpaksa ambil cuti 2 hari. Tiap2 hari (selama 1 minggu) aku berulang-alik ke HAT untuk menjadi 'driver' suamiku yang terpaksa menjalani rawatan susulan. Sekejap aku di sekolah, sekejap kat HAT. Seminggu lepas tu, aku terpaksa ambil cuti lagi atas 'pemergian' Mak Zi. Arwah terlalu baik dan aku tak sampai hati untuk bekerja pada hari itu. Selang 2 minggu pula, aku terpaksa bercuti pula kerana suamiku dimasukkan ke wad Hosp. Ipoh. Doc kat HSM kata apendiks, tapi bila sampai HI, doc kat situ kata takde apendiks. Pulak... Terpaksalah aku berulang-alik ke HI pula selama 2 hari. Hari ke-3, dia dipindahkan ke HSM (atas permintaan aku & suami). Bukan apa, kat HSM ni dekat sikit. Boleh la aku pergi sekolah. Petang2 baru pergi hosp. Nasib baik sekolah terpaksa 'bercuti' selama 1 minggu gara2 penangan H1N1. Bukanlah seronok, tapi at least aku tak perlu ambil cuti lagi untuk menjaga suami. Suamiku dibenarkan keluar wad Rabu lepas, tapi perlu dikuarantin di rumah selama 1 minggu kerana ILI (Influenza Light Illness). Hari ni, 19 Ogos, sekolah dibuka semula. Rasa nak 'ganti' balik masa2 yang telah terbuang sebelum ni. Niat dah baik, TAPIII.... bila masuk kelas...sunyi je. Ramai pelajar yang belum balik ke asrama kerana beberapa kemungkinan :
1. Masih belum sihat sepenuhnya.
2. Alang2 nak balik asrama, Jumaat ni nak balik kampung semula untuk cuti semester.
3. dan mcm2 lagi sebab yang tak termampu untuk kufikirkan...

Biar apapun alasannya, aku tak kisah. Yang penting, hari ni aku datang. Tapi...tu la, berkat ke rezeki ku bulan ni...( Tukang Cerita...ble tlg jwb ker?)

Wednesday, August 5, 2009

Janji tinggal janji...

"Takpe kak, nanti kami bawa p Langkawi. Kat sana ada kereta. Tak payah naik bas ikut rombongon. Penat"...itulah janji saya & suami pada Kak Zi. Kenapa kami berjanji?... kerana kesian melihatnya kepenatan balik dari rombongan ke pulau lagenda itu. Ikut rombongan memang memenatkan. Ditambah pula dengan keadaan kesihatannya ketika itu.
"Ikut hati memang nak beli barang, tapi takut tak larat nak bawa", itulah luahan hati Kak Zi. Dek kerana itu, saya & suami berjanji, bila ada rezeki bolehlah kami ke pulau itu sekali lagi. Kebetulan abang ipar suami tinggalkan kereta di situ. Jadi bab pengangkutan tak jadi masalah. Ke mana nak pergi, insyaAllah tiada halangan.
Tapi takdir Ilahi mengatasi segala-galanya. Janji itu belum sempat kami tunaikan..Kak Zi 'pergi' dulu. Sedih, sayu...tapi apakan daya. JANJI TINGGAL JANJI....

Tuesday, August 4, 2009

Allah lebih menyayangimu...

Tanggal 3 Ogos 2009 tidak akan kulupakan. Pada tarikh ini, pengasuh abg. fitti telah kembali ke rahmatullah...Sedih, pilu, kaku...perasaan itu bercampur baur. Seperti tidak percaya, dia pergi jua mengadap Ilahi...
Jam 4 pagi, lenaku dikejutkan oleh deringan telefon. "Pengasuh(abah)"..nama itu terpampang pada skrin telefon. Hati berdebar-debar. Kukuatkan semangat untuk menjawab panggilan itu... "Kak dah nak gerak, kalau nak datang, datang sekarang". Itulah kata-kata yang kudengar sayup-sayup. Aku dan suami berpandangan antara satu sama lain. Seakan tidak percaya. Nak pergi atau tak? Abg. fitti dan Iman sedang nyenyak tidur. Aku tidak boleh melelapkan mata. Akhirnya setelah 15 minit membatu... "Abg, ummi p hospital lah", aku meminta izin suami. Dia memberi keizinan. Dia sendiri tak dapat menemaniku kerana terikat dengan tugas. Dia perlu ke tempat kerja awal pagi itu. Dalam keheningan subuh aku kuatkan semangat dan gagahkan hati memandu ke Hosp. Seri Manjung. Takut juga...tapi perasaan itu cepat-cepatku lenyapkan dari dalam diriku. Sepanjang perjalanan hati tidak putus-putus mohon pada Allah agar berikan yang terbaik buat kak zi. Kaki terus menekan pedal minyak...lampu isyarat bertukar merah..Aku berhenti sejenak.. "Aahh...subuh macam ni mana ada kereta. Jalan je lah", aku berbicara dengan diriku sendiri.
Lebih kurang jam 4.45 pagi aku sampai di HSM. Ketika baru membuka pintu kereta..."Kak, mak dah takde...". Ungkapan pertama yang ku dengar dari Along. Airmata mengalir di pipinya. Aku cuba kuatkan semangat. Aku tidak mahu mengalirkan airmata di depannya. Aku perlu kuat. Ku cuba pujuk Along.
Aku terus ke rumah kak zi. Tolong kemas apa yang patut. Di situ sudah ramai saudara mara dan jiran tetangga yang datang. Jam 6.30 pagi, jenazah sampai. Ku tatap wajahnya, sedih.... Airmata sudah tidak dapat ku tahan. "Nanti bawa abg. fitti ziarah mak"...itulah permintaan dari abah. Aku hanya mengangguk.
Jam 7.00 pagi, aku dan suami bawa Abg. fitti menziarah jenazah. Keluar sahaja dari kereta abah terus berlari dan mendakap si kecil ini. "Mak dah takde, fitti"... Si kecil ini nampak kehairanan.. Antara faham dan tidak. Wajahnya sayu...
Bila ku bawa abg. fitti naik ke rumah dan duduk di sebelah jenazah, dia menangis... Mengertikah dia? Ku ajak abg. fitti mencium pipi mak, dia geleng kepala. Airmata mula bergenang di kelopak matanya....
Jam 2.30 petang, jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Fasa 3c. Kali ini airmata ku tidak dapat ditahan lagi. Biarlah ia mengalir semahu-mahunya.... Sebelum jenazah dimandikan aku sempat mengucup pipinya... Kali pertama dan terakhir... Rasa hiba....
Petang semalam aku dan suami bawa abg. fitti menziarah pusara mak zi.. Doa si kecil " Ya Allah, bagilah mak aku tenang. Mak aku sangat baik"...
Kak zi...tenanglah engkau di sana. Moga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama kekasih Allah, amin....

Tuesday, July 28, 2009

Ujian demi ujian...

Alhamdulillah...itu je yang termampu aku ucapkan kali ini. Kenapa??? Kerana terlalu banyak 'ujian' yang Allah berikan. Ada masanya terasa seperti hendak 'terduduk' lantaran memikirkan dugaan yang bertimpa-timpa. Tapi, alhamdulillah...akal masih mampu untuk membuat pertimbangan. Alhamdulillah...Allah masih sayang...
Bermula dengan khabar pengasuh abg.fitti dimasukkan ke wad ICU kerana masalah buah pinggang, hati ini sudah mula gundah gulana. Dia adalah insan yang amat baik...bukan saja pada anakku, tapi pada semua orang. Tak pernah sekalipun dia tinggikan suara pada abg. fitti. Jika ada nyamuk 'curi-curi' menggigitnya, pasti nyamuk itu akan dicari sampai ketemu. Betapa mulianya hati insan ini. Kerna itu, apabila dia dimasukkan ke ICU, airmata ini tidak dapat ditahan lagi. Sedih...sebak...semuanya bercampur aduk. Dia telah kuanggap seperti keluarga sendiri. Abg. fitti seringkali mengajukan soalan yang agak sukar untuk diberi jawapan..."ummi, mak mana?"...Rindu agaknya dia pada Mak zi dia. Setiap pagi, dalam perjalanan menghantar abg. fitti ke nurseri pasti ku ajak dia berdoa agar Mak Zi segera sembuh...Doa si kecil..."Ya Allah, bagilah mak aku sembuh. Mak aku sangat baik"..Moga Allah perkenankan doa si kecil ini, amin....

Tak cukup dengan dugaan ini, aku sekali lagi diuji. Suamiku sendiri tidak sihat. Sabtu (2 minggu lepas) dia rebah di Unit Kecemasan Hosp. Angkatan Tentera (HAT) Lumut. Tekanan darahnya terlalu tinggi. 175/120... Aku tergamam melihat dia rebah...Tanpa ku sedari aku menjerit sambil memarahi staf di situ kerana membiarkan suamiku berdiri sedangkan dia berkali-kali menyatakan dia pening dan tidak mampu. Dalam hati hanya mampu berdoa moga dijauhkan dari segala musibah. Lama juga dia dirawat di bilik kecemasan. 4 jam berlalu barulah suamiku sedar dan soalan pertama darinya "dada kat mana? mana fitti, iman?". Suaranya antara dengar dan tidak... Alhamdulillah...dia sedar. Doktor kata nasib dia sangat baik, kalau tidak, boleh strok...Terduduk aku mendengarnya. Bermula dari hari itu, setiap pagi aku akan menemaninya ke HAT untuk mengambil bacaan BP. Sehingga semalam, BPnya masih tidak stabil. Aku tak tahu kenapa...Terima kasih buat kak anizam & suami. Di saat kami memerlukan, mereka menghulurkan bantuan....

Ujian...dugaan...semuanya datang dari Allah s.w.t. Ada masanya terasa tidak mampu untuk dihadapi, tetapi aku tahu...ujian itu untuk mematangkan ku. Allah ingin menguji keimananku pada-Nya..Aku percaya, Allah turunkan ujian sebegini rupa kerana Dia tahu aku mampu menghadapinya... Alhamdulillah, ujian ini buat aku semakin menghargai kehadiran insan-insan tersayang. Dan yang paling penting, ujian-ujian ini buat aku semakin yakin akan cinta Ilahi... Alhamdulillah...

Wednesday, July 15, 2009

Bila "kurang garam"...

Lama sesangat dah rasanya tak update blog ni ek...bukan dah maleh tapinya... banyak betul 'halangan' dan 'rintangan'. ni nak senarai penyebab-penyebab nih...

  1. Sebab yang paling utama...saya tak sihat daaa...mak saya cakap "kurang garam"...demam, batuk...bila dah batuk...gerenti sakit satu badan...tu yang leceh tu...semalam pun terpaksa 'serah diri' kat Dr. Yasmin...x sempat minta MC, dia dah offer siap-siap..hmmm...
  2. Budak-budak kat sekolah tengah peksa...so sibuk skit buat kertas soalan...bila dah sedia soalan, kena ler sediakan skema jawapan...hehehe... kawan2 asyik dok tanya jer..
  3. Dok fenin memikirkan astro kat rumah...dah seminggu tak boleh tengok. sian mak kat rumah...tv tengok dia!!! Bila dah bosan...abih ler cd 'otomen' (ultraman) abg fitti jd mangsa. Mak kata, citer 'otomen' pun takpe... Selasa baru ni datang lah sorang mamat astro ni nak tengok apa prob nye. Rupa2nya, wayar astro yang kat dalam dinding (concealed) tu dah putus daa...terpaksa ler ganti. Kena nampluh hinggit...
  4. Dok melayan abg fitti & iman...abg fitti dok tanya, "mana dada, ummi?", "bila dada nak balik ni?"...jenuh gak nak jawab soalan tu...hmmm...bagi kengkawan yang bersuamikan navy...mesti faham kan...nak wat camne, dulu masa mula2 kawan dengan suami, dia dah gtau awal2, keje dia ni banyak belayar...so skrg redha je laaa...
  5. dan macam2 lagi halangan...

Pasal tu la blog ni dah seminggu x update...insyaallah peh ni boleh la update selalu kot. Kertas ujian bebudak pun dah abih tanda...yahooo...