BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 26, 2009

kesian putera-puteraku...

Semalam saya keje sekerat hari jer...(walaupun keje jd chekgu nih sebenornye xder istilah 'sekerat hari'). Bukan curi tulang...tp anak-anak saya tak sihat. Chup...saya ni dah ada 2 orang anak. Dua-dua lelaki, yang sulung, Muhammad Fitri Addin, 4 tahun, dan yang kedua Muhammad Fikri Iman, 6 bulan. Kesian diorang, demam. Pagi semalam masa nak hantar ke nursery, terdengar ler bunyi-bunyi yang tak sedap didengar kat dada kedua-dua nya. Dalam hati tertanya-tanya..."asma ke anak-anak umi ni? Tak boleh biar nih. Karang melarat. Jumaat ni nak naik 'belon' balik Kuching". Dipendekkan cerita, pagi tu pukul 9 saya dan suami bawa ler kedua-duanya ke Klinik Pakar Bayi & Kanak-Kanak Ling kat Sitiawan tu. Saya tanya ler kat doc tu. Jawapannya... "Ni boleh jadi asma kalau biar ni"...adusss....sedey nyer hati. Sian anak-anak umi. Doc tu suruh saya dan suami 'monitor' keadaan mereka. Kalau makin teruk, datang lagi untuk nebulizer.. Tu ler pasal nye semalam keje sekerat hari. Kursus 'mail-merging' yang Ketua Panitia saya anjurkan pun saya tak pergi... Sori kak kama. Tak terdaya...Petang pukul 6 pergi lagi kat klinik. Alhamdulillah, doc kata dah ok sikit. Tapi.... pagi ni bila bangun tidur, masih terdengar irama yang tak best langsung tu dari dada si Iman. Fitri...alhamdulillah dah ok. Cuma batuk sikit. Ya Allah, sembuhkanlah kedua anakku...

0 comments: