Alhamdulillah...itu je yang termampu aku ucapkan kali ini. Kenapa??? Kerana terlalu banyak 'ujian' yang Allah berikan. Ada masanya terasa seperti hendak 'terduduk' lantaran memikirkan dugaan yang bertimpa-timpa. Tapi, alhamdulillah...akal masih mampu untuk membuat pertimbangan. Alhamdulillah...Allah masih sayang...
Bermula dengan khabar pengasuh abg.fitti dimasukkan ke wad ICU kerana masalah buah pinggang, hati ini sudah mula gundah gulana. Dia adalah insan yang amat baik...bukan saja pada anakku, tapi pada semua orang. Tak pernah sekalipun dia tinggikan suara pada abg. fitti. Jika ada nyamuk 'curi-curi' menggigitnya, pasti nyamuk itu akan dicari sampai ketemu. Betapa mulianya hati insan ini. Kerna itu, apabila dia dimasukkan ke ICU, airmata ini tidak dapat ditahan lagi. Sedih...sebak...semuanya bercampur aduk. Dia telah kuanggap seperti keluarga sendiri. Abg. fitti seringkali mengajukan soalan yang agak sukar untuk diberi jawapan..."ummi, mak mana?"...Rindu agaknya dia pada Mak zi dia. Setiap pagi, dalam perjalanan menghantar abg. fitti ke nurseri pasti ku ajak dia berdoa agar Mak Zi segera sembuh...Doa si kecil..."Ya Allah, bagilah mak aku sembuh. Mak aku sangat baik"..Moga Allah perkenankan doa si kecil ini, amin....
Tak cukup dengan dugaan ini, aku sekali lagi diuji. Suamiku sendiri tidak sihat. Sabtu (2 minggu lepas) dia rebah di Unit Kecemasan Hosp. Angkatan Tentera (HAT) Lumut. Tekanan darahnya terlalu tinggi. 175/120... Aku tergamam melihat dia rebah...Tanpa ku sedari aku menjerit sambil memarahi staf di situ kerana membiarkan suamiku berdiri sedangkan dia berkali-kali menyatakan dia pening dan tidak mampu. Dalam hati hanya mampu berdoa moga dijauhkan dari segala musibah. Lama juga dia dirawat di bilik kecemasan. 4 jam berlalu barulah suamiku sedar dan soalan pertama darinya "dada kat mana? mana fitti, iman?". Suaranya antara dengar dan tidak... Alhamdulillah...dia sedar. Doktor kata nasib dia sangat baik, kalau tidak, boleh strok...Terduduk aku mendengarnya. Bermula dari hari itu, setiap pagi aku akan menemaninya ke HAT untuk mengambil bacaan BP. Sehingga semalam, BPnya masih tidak stabil. Aku tak tahu kenapa...Terima kasih buat kak anizam & suami. Di saat kami memerlukan, mereka menghulurkan bantuan....
Ujian...dugaan...semuanya datang dari Allah s.w.t. Ada masanya terasa tidak mampu untuk dihadapi, tetapi aku tahu...ujian itu untuk mematangkan ku. Allah ingin menguji keimananku pada-Nya..Aku percaya, Allah turunkan ujian sebegini rupa kerana Dia tahu aku mampu menghadapinya... Alhamdulillah, ujian ini buat aku semakin menghargai kehadiran insan-insan tersayang. Dan yang paling penting, ujian-ujian ini buat aku semakin yakin akan cinta Ilahi... Alhamdulillah...
Tuesday, July 28, 2009
Ujian demi ujian...
Posted by hamba allah at 6:39 PM 0 comments
Wednesday, July 15, 2009
Bila "kurang garam"...
Lama sesangat dah rasanya tak update blog ni ek...bukan dah maleh tapinya... banyak betul 'halangan' dan 'rintangan'. ni nak senarai penyebab-penyebab nih...
- Sebab yang paling utama...saya tak sihat daaa...mak saya cakap "kurang garam"...demam, batuk...bila dah batuk...gerenti sakit satu badan...tu yang leceh tu...semalam pun terpaksa 'serah diri' kat Dr. Yasmin...x sempat minta MC, dia dah offer siap-siap..hmmm...
- Budak-budak kat sekolah tengah peksa...so sibuk skit buat kertas soalan...bila dah sedia soalan, kena ler sediakan skema jawapan...hehehe... kawan2 asyik dok tanya jer..
- Dok fenin memikirkan astro kat rumah...dah seminggu tak boleh tengok. sian mak kat rumah...tv tengok dia!!! Bila dah bosan...abih ler cd 'otomen' (ultraman) abg fitti jd mangsa. Mak kata, citer 'otomen' pun takpe... Selasa baru ni datang lah sorang mamat astro ni nak tengok apa prob nye. Rupa2nya, wayar astro yang kat dalam dinding (concealed) tu dah putus daa...terpaksa ler ganti. Kena nampluh hinggit...
- Dok melayan abg fitti & iman...abg fitti dok tanya, "mana dada, ummi?", "bila dada nak balik ni?"...jenuh gak nak jawab soalan tu...hmmm...bagi kengkawan yang bersuamikan navy...mesti faham kan...nak wat camne, dulu masa mula2 kawan dengan suami, dia dah gtau awal2, keje dia ni banyak belayar...so skrg redha je laaa...
- dan macam2 lagi halangan...
Pasal tu la blog ni dah seminggu x update...insyaallah peh ni boleh la update selalu kot. Kertas ujian bebudak pun dah abih tanda...yahooo...
Posted by hamba allah at 7:49 PM 0 comments
Thursday, July 2, 2009
"ARIF DAN MAJU"
Ni la gambar sekolah lama saya.. ( ni gambo pagar je...x masuk dalam coz tgh cuti sekolah daa). Sekolah ni tak 'dipanggil' sekolah. Nama nye... KOLEJ DATUK PATINGGI ABANG HAJI ABDILLAH. Sebenarnya, nak sambung belajar kat sekolah ni susah gak la. UPSR kena straight As. PMR pun kena gempak. Kira-kiranya 'pelajar terpilih' je la yang boleh menimba ilmu kat sini. (Kiranya saya ni pun dalam golongan "yang terpilih" tu le ekkk...) Saya mula mengaji kat sini dari 1992 - 1996 (form 1 - 5). Lepas SPM saya terus sambung pengajian ke Pusat Matrikulasi UUM.(masa tu x wujud kali kolej matrikulasi kementerian pelajaran ni...) Seronok betul belajar kat kolej ni. Walaupun kena duk asrama, tapi best la. X macam budak2 sekarang ni...asyik merungut je bila duk asrama. Kat sini la saya belajar berdikari (walaupun kat rumah berdikari gak ahaks...). Ingat lagi betapa best nya time 'prep' dengan kawan2. Prep mula kol 7.30 pm sampai 11pm. Lama tuuu. Lepas supper, pakat ramai-ramai buat kerja2 pembersihan.(zaman saya dulu, asrama dan sekitar sekolah, students yang bersihkan. xde pekerja pembersihan pun...x mcm budak2 sekarang..) Lepas 'gotong-royong' (tiap-tiap hari ler pulok..), pakat ramai2 p bilik study. Masing2 bawa 'bekalan'.Wajib tuuu. Apalagi kalau bukan 'biskut mayat' dan air nescafe o. Study ler sampai pukul 2-3 am.( memang study betul tau...x main2. kalau main2, ada yang kena 'sound' dengan kakak2 senior karang...) Lepas tu baru la masuk bilik masing2 untuk tidurrrr... Walaupun tidur jam 3 am, tapi boleh gak bangun awal. Pukul 5 dah bangun...tunggu 'turn' kat bilik air. Kadang2 sampai tersengguk2 depan toilet hehehe...Yang beragama Islam (masa tu saya belum Islam lagi) 5.30am dah kena ada kat surau. Solat jemaah. Pukul 6 sarap kat dewan makan. Sedap ke tak ker...tibai jer. Janji kenyang. Lepas tu, terus pi kelas. Kelas mula jam 7.20am - 1.40pm. Hmmm....panjang lagi nak cerita nih...Esok2 pulak ek...
Posted by hamba allah at 6:59 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)