BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 28, 2009

Ujian demi ujian...

Alhamdulillah...itu je yang termampu aku ucapkan kali ini. Kenapa??? Kerana terlalu banyak 'ujian' yang Allah berikan. Ada masanya terasa seperti hendak 'terduduk' lantaran memikirkan dugaan yang bertimpa-timpa. Tapi, alhamdulillah...akal masih mampu untuk membuat pertimbangan. Alhamdulillah...Allah masih sayang...
Bermula dengan khabar pengasuh abg.fitti dimasukkan ke wad ICU kerana masalah buah pinggang, hati ini sudah mula gundah gulana. Dia adalah insan yang amat baik...bukan saja pada anakku, tapi pada semua orang. Tak pernah sekalipun dia tinggikan suara pada abg. fitti. Jika ada nyamuk 'curi-curi' menggigitnya, pasti nyamuk itu akan dicari sampai ketemu. Betapa mulianya hati insan ini. Kerna itu, apabila dia dimasukkan ke ICU, airmata ini tidak dapat ditahan lagi. Sedih...sebak...semuanya bercampur aduk. Dia telah kuanggap seperti keluarga sendiri. Abg. fitti seringkali mengajukan soalan yang agak sukar untuk diberi jawapan..."ummi, mak mana?"...Rindu agaknya dia pada Mak zi dia. Setiap pagi, dalam perjalanan menghantar abg. fitti ke nurseri pasti ku ajak dia berdoa agar Mak Zi segera sembuh...Doa si kecil..."Ya Allah, bagilah mak aku sembuh. Mak aku sangat baik"..Moga Allah perkenankan doa si kecil ini, amin....

Tak cukup dengan dugaan ini, aku sekali lagi diuji. Suamiku sendiri tidak sihat. Sabtu (2 minggu lepas) dia rebah di Unit Kecemasan Hosp. Angkatan Tentera (HAT) Lumut. Tekanan darahnya terlalu tinggi. 175/120... Aku tergamam melihat dia rebah...Tanpa ku sedari aku menjerit sambil memarahi staf di situ kerana membiarkan suamiku berdiri sedangkan dia berkali-kali menyatakan dia pening dan tidak mampu. Dalam hati hanya mampu berdoa moga dijauhkan dari segala musibah. Lama juga dia dirawat di bilik kecemasan. 4 jam berlalu barulah suamiku sedar dan soalan pertama darinya "dada kat mana? mana fitti, iman?". Suaranya antara dengar dan tidak... Alhamdulillah...dia sedar. Doktor kata nasib dia sangat baik, kalau tidak, boleh strok...Terduduk aku mendengarnya. Bermula dari hari itu, setiap pagi aku akan menemaninya ke HAT untuk mengambil bacaan BP. Sehingga semalam, BPnya masih tidak stabil. Aku tak tahu kenapa...Terima kasih buat kak anizam & suami. Di saat kami memerlukan, mereka menghulurkan bantuan....

Ujian...dugaan...semuanya datang dari Allah s.w.t. Ada masanya terasa tidak mampu untuk dihadapi, tetapi aku tahu...ujian itu untuk mematangkan ku. Allah ingin menguji keimananku pada-Nya..Aku percaya, Allah turunkan ujian sebegini rupa kerana Dia tahu aku mampu menghadapinya... Alhamdulillah, ujian ini buat aku semakin menghargai kehadiran insan-insan tersayang. Dan yang paling penting, ujian-ujian ini buat aku semakin yakin akan cinta Ilahi... Alhamdulillah...

0 comments: